SMKBA 1982 Community


Khas Untuk Bekas-bekas Pelajar SMKBA Yang Lahir Dalam Tahun 1982
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
Latest topics
» Guna prepaid Tune Talk Dapat Point Tebus Tiket Air asia
Tue Jun 21, 2011 12:41 pm by ASBN

» ByPass FIREWALL dari Opis/pejabat yang Admin Block!!
Mon Oct 18, 2010 3:35 pm by norfazri

» WALIMATUL URUS
Mon Oct 18, 2010 2:31 pm by norfazri

» haloooo.......
Wed Oct 06, 2010 12:07 pm by abob82

» Koridor oh koridor
Sun Aug 08, 2010 3:49 am by ajim

»  10 fitrah manusia cantik
Tue Aug 03, 2010 11:15 am by hafizhawari_82

» Orang yang Berakal
Mon Aug 02, 2010 10:45 am by hafizhawari_82

» Mohd Azim YB....Topik Khas Untuk Mu..
Sun Aug 01, 2010 3:25 am by ajim

» Cerita Lucu: Kisah Tiga Pemuda Kampung
Fri Jul 30, 2010 4:38 pm by hafizhawari_82

Top posters
^^DaUnKeToM^^
 
abob82
 
hafizhawari_82
 
ahnoi
 
badlock
 
Emelly_HdeW
 
Yop pi'ee
 
pejie_kunyit
 
caoi
 
bogat82
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Share | 
 

 DAh 3 kali Masuk

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
hafizhawari_82
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 234
Join date : 09/01/2009
Age : 34
Location : Ipoh

PostSubject: DAh 3 kali Masuk   Wed Jul 07, 2010 11:53 pm

Mmm.. koi sebenornye rase sedih dgn nasib org asli ni, sebab deme ni orang asey seasey-asey di sini, tapi masih ramey yg hidup cara nomad dan tak teratur. Koi ade jugek dengor cerite beloh2 chini sane deme masuk felda tapi tak tahan lama sebab tak boleh hidup berjadual. Kite pun kurang agresif menyebarkan Islam kepada deme sedangkan berapa banyak orang asli yang telah jadi Kristian angkara missionaries yang dibiayai badan-badan Kristian dunia. Sebut pasey masuk Islam ni, koi ada cerita Orang Asli masuk Islam, tapi entah betul ke tidok. Koi dapay dari ustaz yang mengajor di masjid UM (Masjid Ar-Rahman) semasa koi student dulu.

Satu rombongan pendakwah Islam telah mengaturkan satu majlis masuk islam beramai-ramai di sebuah perkampungan orang asli di Pahang. Selesai upacara tersebut, seorang ustaz muda yang turut mengambil bahagian bertanya kepada salah seorang saudara baru terlibat.

- Gonner pakcik, rasa suka ke dok doh masuk Islam ni?
- Weh, memang kah syuke amat, masuk ni doh tige kali kah masyukk!! Laughing
-???!!!!
Back to top Go down
hafizhawari_82
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 234
Join date : 09/01/2009
Age : 34
Location : Ipoh

PostSubject: Re: DAh 3 kali Masuk   Wed Jul 07, 2010 11:56 pm

Burung Oh Burung...



Di tepi jalan kat area Paloh Inai aderlaa org asli jual burung....
terdapat 2 ekor burung tiong mas...
Kedua burung tu berbeza weh...
hok sekor tu suke bernyanyi dan hok sekor lagi tu duk diam ajer..

Singgohlaa sorang lelaki ingin membeli burung tiong mas...

Dia pun tanyelaa ke org asli hok jual burung tu...

Pembeli : Berapa rege burung tiong mas ini...??
Penjual : Kalau hok suker menyanyi itu RM500 ajer encik... tapi hok diam itu RM1,000....
Pembeli : Ahhh...?? Kenape pulok hok suka menyanyi tu lebih muroh dari hok diam tu....???
Penjual : Memang gitulaa encik... hok rege seribu tu ialah pencipte lagunya weh...
Back to top Go down
hafizhawari_82
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 234
Join date : 09/01/2009
Age : 34
Location : Ipoh

PostSubject: Re: DAh 3 kali Masuk   Wed Jul 07, 2010 11:57 pm

Subject: Org Bandar vs Orang Asli

Dua orang pemuda sedang menikmati makanan di sebuah Restoran, kerana menghadiri seminar Kebudayaan. Seorang Pemuda Bandar dan seorang wakil dari Pemuda orang Asli. Mari kita ikuti perbualan antara Pemuda Bandar dan PemudaOrang Asli ini.

P.Asli : Orang Bandar kebanyakan semuanya pengotor!

P.Bandar : Eh ! kenapa pulak?

P.Asli : Yelah,1.orang bandar suka makan ayam kg, ayam kg suka Makan taik manusia, 2. orang bandar suka makan lembu, lembu suka makan rumput yang tumbuh merata-rata bercampur dgn segala macam najis dan dipijak-pijak manusia. tengok kita Orang asli, makan semua jenis yang 'terbang'sahaja jadi, kebersihannya terjamin. Contohnya; Orang Asli suka makan monyet, monyet makan buah-buahan,Orang Asli suka makan Tupai, Tupai makan buah-buahan, Orang Asli suka makan burung, Burung pun suka makan buah-buahan.

P.Bandar : Panas jugak rasa hati ni. Lalu berfikir macamana nak kenakan

Pemuda Asli yg angkuh itu. Lalu Pemuda Bandar punbertanya,"Oh!orang-orang awak suka makan jenis yg 'terbang' ajelah ye..? Kalau macam tu 'HELIKOPTER' makan tak?"

P.Asli : Terbang tak?

P.Bandar : Oh terbang....

P.Asli : Makan sikit-sikit!
Back to top Go down
hafizhawari_82
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 234
Join date : 09/01/2009
Age : 34
Location : Ipoh

PostSubject: Re: DAh 3 kali Masuk   Wed Jul 07, 2010 11:57 pm

Seorang tok batin yang baru membeli motosikal Honda
terserempak dengan kawan baiknya semasa dalam
perjalanan pulang. Lalu tok batin pun tumpangkanlah
kawannya itu. Dalam perjalanan, kawannya pelik sebab
tok batin itu Cuma guna gear satu saja. Naik bukit gear
satu, turun bukit gear satu, jalan rata gear satu.... sampai
nak pecah enjin motosikal itu dikerjakannya.

Lalu bertanyalah kawannya itu; “Tok, kenapak tok cuma
pakai gear shatu aja?”

Jawab tok batin; “Takpa... kalau roshak shatu gear, ada dua
lagi.”
Back to top Go down
hafizhawari_82
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 234
Join date : 09/01/2009
Age : 34
Location : Ipoh

PostSubject: Re: DAh 3 kali Masuk   Wed Jul 07, 2010 11:59 pm

Koi plak nak cerita kisah orang asli.

Ada sebuah keluarga org asli yg terdiri dari suami,isteri dan 3 org anak.Mereka tinggal di pedalaman Kuala Lipis ,Pahang…Suatu hari, si suami telah membawa keluarganya pergi membeli-belah di pekan sehari Jerantut..Mereka pergi menaiki keretapi dari Kuala Lipis ke Jerantut pd awal pagi.

Setelah tiba di stesen keretapi Jerantut pd jam 9 pagi, si suami mengambil keputusan utk terus membeli tiket bagi perjalanan pulang mereka nanti kerana bimbang kehabisan tiket..Mereka pun membeli tiket keretapi Jerantut-Lipis utk perjalanan jam 12.30 tghari…Selepas itu,mereka sekeluarga pun pergi ke pekan sehari dan membeli-belah di sana…

Oleh kerana terlalu seronok membeli-belah, mereka sekeluarga terlupa bahawa keretapi akan tiba pada jam 12.30 tgari..tiba2, si suami teringat dan jam ditangannya ketika itu menunjukkan jam 12.25 tgari.. aper lagi, mereka pun bergegas lah ke stesen keretapi..

Semasa mereka tiba di stesen, keretapi sedang bergerak memulakan perjalanan dan mereka pun menjerit, “tunggu…tunggu..”..Tetapi keretapi itu terus meluncur dgn lebih laju seterusnya meninggalkan stesen tersebut..keluarga orang asli itu tersangatlah kecewa. Maka, si suami pun pergi berjumpa dgn kerani tiket di kaunter.




Setelah berbincang, kerani tersebut menyuruh mereka membeli tiket yg baru utk perjalanan jam 6 petang nanti..org asli itu pun terpaksalah membeli juga tiket yg baru walaupun mereka akan menunggu keretapi agak lama kerana jam pd waktu itu baru menunjukkan jam 1 tengahari..mereka pun lepak2 di kwsn stesen tersebut sementara menunggu keretapi tiba.

Pada jam 6 petang, pegawai stesen pun membuat pengumuman seperti ini, “ Perhatian kpd pemegang2 tiket Wau Ekspress, Jerantut ke Tumpat melalui Kuala Lipis, keretapi akan tiba sebentar lagi.Pastikan anda tidak berada terlalu hampir dgn landasan..terima kasih”..keluarga org asli itu pun tersenyum kerana keretapi akan tiba setelah mereka menunggu dari tengahari lagi.

Selepas beberapa minit keretapi pun tiba..tiba-tiba suami org asli itu mengarahkan supaya mereka sekeluarga menyembuniykan diri...mereka sekeluarga pun menyorok di belakang stesen tersebut.Walaupun si isteri dan anak2 tidak faham kenapa mereka perlu menyorok, tetapi mereka mengikut sahaja arahan si suami tadi.

Selepas keretapi bergerak meninggalkan stesen, si suami pun mengajak mereka keluar dari tempat persembunyian mereka..dengan selamba si suami tadi berkata, “ padan muka keretapi tu, kena tipu dgn aku….tadi dia tipu aku. Tadi aku beli tiket, kau tinggalkan aku..Sekarang aku beli tiket, tapi aku x naik…haha..padan muka kena tipu dgn aku”.
Back to top Go down
hafizhawari_82
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 234
Join date : 09/01/2009
Age : 34
Location : Ipoh

PostSubject: Re: DAh 3 kali Masuk   Thu Jul 08, 2010 12:01 am

LAWAK ORANG ASLI


KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh nai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"panasnya dalam helikopter ini ...". Maka menjawablah salah seorang Orang Asli yang turut berada dalam helikopter itu: "Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."



HANDPHONE

Satu ketika di kampung orang asli, seorang pegawai JHEOA melihat Tok Batin orang asli mempunyai handphone .."Wah Tok Batin ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"

Jawab Tok Batin: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"



PETAI

Seorang penjual petai orang asli di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ... "Encik satu longok, RM1 sahaja.

Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah ...RM20 sahaja."

Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"

Jawab orang Asli itu : "Semuanya 20 longgok ."



CUTI

Seorang pengawal keselamatan kaum orang asli yang bekerja di sebuah kilang berjumpa dengan manager minta cuti ... "Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru si pengawal keselamatan itu balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab si orang asli itu : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..
Back to top Go down
hafizhawari_82
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 234
Join date : 09/01/2009
Age : 34
Location : Ipoh

PostSubject: Re: DAh 3 kali Masuk   Thu Jul 08, 2010 12:04 am

Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk org asli yg ingin munum pagi i warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org sali ini.."berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk"...jawab tuan warung.."teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20..."..maka org asli tersebut meminta teh panas..
apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis....pelik tuan warung melihatnya....lalu beliau bertanya.."kenapa kamu munu terlalu cepat..x rase panas ke..??"..jawab si org sali tersebut.."emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kl minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je.."..tuan warung pun tersengih...
Back to top Go down
hafizhawari_82
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 234
Join date : 09/01/2009
Age : 34
Location : Ipoh

PostSubject: Re: DAh 3 kali Masuk   Thu Jul 08, 2010 12:24 am

Jelingan ayah...

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solatmaghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.

Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
Back to top Go down
hafizhawari_82
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 234
Join date : 09/01/2009
Age : 34
Location : Ipoh

PostSubject: Re: DAh 3 kali Masuk   Thu Jul 08, 2010 12:31 am

Dot Pi Dot Mai


Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

"Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata,

"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."
Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama sebenar) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata,

"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?
Back to top Go down
hafizhawari_82
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 234
Join date : 09/01/2009
Age : 34
Location : Ipoh

PostSubject: Re: DAh 3 kali Masuk   Thu Jul 08, 2010 12:40 am

KEK HARI JADI

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."
Back to top Go down
abob82
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 243
Join date : 18/06/2010
Age : 33
Location : batang kali

PostSubject: Re: DAh 3 kali Masuk   Thu Jul 08, 2010 4:51 pm

Bukan pengsan lg tp bleh msk icu ni
Back to top Go down
hafizhawari_82
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 234
Join date : 09/01/2009
Age : 34
Location : Ipoh

PostSubject: Re: DAh 3 kali Masuk   Thu Jul 08, 2010 5:56 pm

HAHA.. bounce
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: DAh 3 kali Masuk   Today at 5:10 pm

Back to top Go down
 
DAh 3 kali Masuk
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SMKBA 1982 Community :: sEmBaNg-SeMbAnG :: KeLaKoR rIa-
Jump to: