SMKBA 1982 Community


Khas Untuk Bekas-bekas Pelajar SMKBA Yang Lahir Dalam Tahun 1982
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
Latest topics
» Guna prepaid Tune Talk Dapat Point Tebus Tiket Air asia
Tue Jun 21, 2011 12:41 pm by ASBN

» ByPass FIREWALL dari Opis/pejabat yang Admin Block!!
Mon Oct 18, 2010 3:35 pm by norfazri

» WALIMATUL URUS
Mon Oct 18, 2010 2:31 pm by norfazri

» haloooo.......
Wed Oct 06, 2010 12:07 pm by abob82

» Koridor oh koridor
Sun Aug 08, 2010 3:49 am by ajim

»  10 fitrah manusia cantik
Tue Aug 03, 2010 11:15 am by hafizhawari_82

» Orang yang Berakal
Mon Aug 02, 2010 10:45 am by hafizhawari_82

» Mohd Azim YB....Topik Khas Untuk Mu..
Sun Aug 01, 2010 3:25 am by ajim

» Cerita Lucu: Kisah Tiga Pemuda Kampung
Fri Jul 30, 2010 4:38 pm by hafizhawari_82

Top posters
^^DaUnKeToM^^
 
abob82
 
hafizhawari_82
 
ahnoi
 
badlock
 
Emelly_HdeW
 
Yop pi'ee
 
pejie_kunyit
 
caoi
 
bogat82
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Share | 
 

 automotive discussion

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
pejie_kunyit
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 127
Join date : 09/01/2009

PostSubject: automotive discussion   Thu Jun 24, 2010 11:57 am

salam & sejahtera all


saje bukak topic nie....sape2 ade pengalaman bab automotive nie..leh la berkongsi bersame...tak kire dari segi ape....engine,pemanduan ,info trafik & etc.......
Back to top Go down
pejie_kunyit
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 127
Join date : 09/01/2009

PostSubject: Re: automotive discussion   Thu Jun 24, 2010 2:36 pm

Apabila Terlibat Dengan Kemalangan Jalan Raya


Setiap daripada kita mungkin pernah menghadapi kemalangan di jalan raya. Apabila ini berlaku, ia melibatkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan kecederaan diri, kerosakan kenderaan sendiri, kenderaan pihak ketiga dan sebagainya. Di sini, diberikan panduan apabila berhadapan dengan kemalangan jalan raya.

Di tempat kemalangan

Dapatkan butir-butir penting daripada pihak atau pihak-pihak lain yang terlibat di dalam kemalangan tersebut seperti :

* maklumat kenderaan seperti nombor pendaftaran kenderaan yang terbabit, tahun dibuat dan model kenderaan.
* maklumat pemandu terlibat seperti nama, alamat nombor telefon pejabat, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu dan alamat kediamannya.
* nama pihak insurans yang mewakili mereka.

Berurusan di Balai Polis

Jika tidak terdapat pegawai polis yang bertugas di tempat kemalangan, buat laporan polis tentang kemalangan tersebut dalam tempoh 24 jam kemalangan berlaku di balai polis yang berhampiran.

Jelaskan keadaan kemalangan berlaku dan menulis laporan polis menggunakan bahasa Melayu. Sekiranya anda tidak fasih dan tidak mahir menulis di dalam bahasa Melayu, seorang pegawai polis akan membantu anda untuk menulis laporan tersebut. Setelah selesai, anda akan diminta menurunkan tandatangan di bahagian bawah laporan tersebut.

Simpan satu salinan laporan polis yang telah disahkan benar.


Berurusan dengan Pihak Insurans

Baca polisi insurans anda dengan berhati-hati dan laporkan kemalangan yang berlaku kepada pihak insurans secepat mungkin atau dalam tempoh yang telah ditetapkan di dalam polisi insurans tersebut. Sebarang kelewatan memfailkan tuntutan mungkin akan menghapuskan hak anda untuk mendapatkan wang pampasan.

Jumlah amaun tuntutan yang difailkan mestilah tidak melebihi amaun yang telah ditetapkan di dalam klausa tuntutan. Pihak insurans hanya akan membayar perbezaan diantara amaun tuntutan dengan amaun yang telah ditetapkan.

Pastikan kenderaan diselenggarakan oleh pihak bengkel yang bertanggungjawab. Kerosakan yang dialami oleh kenderaan akan dinilai oleh seorang pemeriksa/penilai daripada pihak insurans.

Sekiranya kemalangan disebabkan oleh pihak lain, anda harus menghubungi pihak insurans yang mewakilinya. Pastikan sama ada polisi insurans yang melindungi pemandu tersebut masih sah dan sama ada nombor tuntutan pampasan telah ditetapkan.

Hubungi secara bertulis pihak insurans yang mewakili pemandu tersebut, menyatakan bahawa anda telah terlibat di dalam kemalangan dan mahu memfailkan tuntutan terhadapnya. Seorang pemeriksa/penilai berkemungkinan besar akan menghubungi anda dan menawarkan untuk menyelesaikan tuntutan khidmat kerosakan kenderaan dan kecederaan peribadi anda. Sesetengah pihak insurans mungkin akan mengenepikan tuntutan dan menolak tuntutan untuk memberikan pertolongan kepada anda. Sekiranya perkara ini terjadi, anda berkemungkinan memerlukan khidmat nasihat peguamcara.

Jangan cuba lakukan!!!

Mengaku bersalah atau berunding dengan pihak ketiga.

Membaiki kereta anda tanpa kelulusan daripada Penanggung Insurans, jika anda bercadang mengemukakan tuntutan di bawah Seksyen A.

Meninggalkan kereta tanpa mengambil langkah-langkah munasabah bagi memastikan keselamatan kereta anda setelah berlaku kerosakan.

Memandu kereta anda sebelum pembaikan disempurnakan;

Menandatangani Baucer Pelepasan kecuali anda berpuas hati dengan kerja-kerja pembaikan berkenaan.

Menghantar kereta anda ke bengkel yang bukan panel bengkel yang dibenarkan oleh penanggung insurans[center]
Back to top Go down
norfazri
CiKgU saNdArAn
CiKgU saNdArAn


Posts : 59
Join date : 12/01/2010
Age : 34
Location : pahang

PostSubject: Re: automotive discussion   Thu Jun 24, 2010 5:11 pm

wah bagusnyer....amalkan pemanduan ber khemah di jalan raya...

amalkan cara hidup sihat...

sapi punya susu lembu dapat nama...

2-3 kucing berlari mana nak sama kucing belang...kalau dah berbelang tu bukan kucing bongok....tu rimau...

lol!
Back to top Go down
ahnoi
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 228
Join date : 13/01/2009
Age : 34
Location : tg malim

PostSubject: Re: automotive discussion   Fri Jun 25, 2010 11:10 am

tqvm peiji....harap2 xder xciden la aku nih....kome pon sama harp2 xder xciden....amin bounce bounce
Back to top Go down
pejie_kunyit
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 127
Join date : 09/01/2009

PostSubject: Re: automotive discussion   Fri Jun 25, 2010 3:49 pm

itu in kes la......mane la tau kan
huhuuh
Back to top Go down
pejie_kunyit
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 127
Join date : 09/01/2009

PostSubject: Re: automotive discussion   Fri Jun 25, 2010 3:53 pm

8 Petua Keselamatan Jalan Raya


1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain
Back to top Go down
pejie_kunyit
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 127
Join date : 09/01/2009

PostSubject: Re: automotive discussion   Fri Jun 25, 2010 3:54 pm

Etika penggunaan telefon ketika memandu kenderaan

PASTINYA ramai di kalangan pemilik telefon mudah alih pernah atau sering menggunakan peralatan telekomunikasi itu ketika memandu atau menunggang motosikal.

Amalan yang boleh membahayakan nyawa pemandu dan penunggang itu masih dipraktikkan walaupun ia menyalahi undang-undang.

Kini, pengguna jalan raya yang memiliki kelengkapan telekomunikasi moden semakin tidak mengendahkan bahaya ketika memandu apabila masih ramai yang menggunakan ciri perkhidmatan pesanan ringkas (sms) dan menyemak maklumat di buku telefon bagi tujuan membuat panggilan.

Sebagai pemandu atau penunggang bertanggungjawab, tabiat itu perlu dielakkan kerana ia membahayakan dan boleh mempengaruhi pemanduan anda.


Pelbagai langkah keselamatan boleh diambil sekiranya anda perlu menggunakan telefon mudah alih ketika pemanduan.

Antaranya menggunakan peranti bebas tangan yang disediakan, apabila panggilan boleh dilakukan ketika kereta sedang berhenti, memastikan keadaan persekitaran dan cuaca yang selamat sekiranya perlu membuat panggilan dan manfaatkan ciri tambah nilai telefon mudah alih yang dilengkapi pada telefon anda.

Bagi memastikan peranti bebas tangan dapat digunakan dengan berkesan, ia perlu dipasang sebelum anda memulakan perjalanan.

Produk ini boleh mengurangkan aktiviti yang memerlukan penggunaan tangan secara agresif dan seterusnya mengganggu tumpuan ketika memandu.

Sekiranya perjalanan itu mengambil masa yang lama, pastikan ia dilengkapi perancangan yang cekap dan panggilan penting boleh dilakukan ketika kenderaan sedang berhenti atau masa rehat pemanduan.

Kenderaan perlu diberhentikan di kawasan yang selamat dan elakkan daripada berhenti dalam keadaan mengejut atau di kawasan yang boleh mengganggu lalu lintas.

Ramai di kalangan pengguna tidak mengendahkan keadaan trafik atau cuaca apabila mereka hendak membuat panggilan.

Ia turut mempengaruhi pemanduan dan perlu dielakkan, walaupun keadaan trafik ketika itu bergerak lancar kerana tumpuan perlu diberikan sepenuhnya kepada jalan raya.

Jenis perbualan juga perlu dikenal pasti khususnya apabila ia membabitkan isu rumit dan beremosi kerana pemandu tidak seharusnya memandu dalam keadaan fikiran yang terganggu.

Pemilik telefon mudah alih disarankan untuk menggunakan ciri perkhidmatan pesanan sekiranya panggilan itu dianggap tidak penting.

Fahami ciri tambah nilai telefon mudah alih anda bagi membolehkan penggunaan maksimum, khususnya ketika hendak memandu.

Sekiranya bercakap telefon atau membalas pesanan mengganggu tumpuan, pemandu disarankan untuk menjelas secara ringkas kepada pemanggil bahawa anda sedang memandu dan panggilan akan dikembalikan apabila sudah tiba ke destinasi yang tuju.

Bagi pemandu yang memiliki sistem bluetooth pada kenderaan,ini juga dapat membantu pengunaan telefon bimbit sewaktu memandu.
Back to top Go down
caoi
CiKgU DiSiPlIn
CiKgU DiSiPlIn


Posts : 112
Join date : 10/02/2010
Age : 34
Location : key el-ipoh

PostSubject: Re: automotive discussion   Fri Jul 02, 2010 5:31 am

thanx 4 da info....
bgs utk aku yg selalu ulang alik jauh ni.
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: automotive discussion   Today at 5:02 am

Back to top Go down
 
automotive discussion
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SMKBA 1982 Community :: sEmBaNg-SeMbAnG :: AuToMoTiVe-
Jump to: